BERITA SEMASA

|| Peperiksaan Percubaan SIA 2012 7-9 Ogos 2012 || Teka Silang Kata Kemerdekaan (Tahun 3) 7-10 Ogos 2012 || Pengisian Markah Percubaan UPSR 2012 dalam sistem SAPS sebelum 10 Ogos 2012|| Program Semarak Merdeka, 15 Julai - 15 September 2012

Tuesday 28 February 2012

PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KE 9 (27 FEB - 2 MAC 2012)

Berikut adalah program / aktiviti sepanjang Minggu ke 9:
  • 27 Feb : Bermulanya Ujian Pengesanan 1 / 2012
  • 27 Feb : Mesyuarat Disiplin & Taklimat GB
  • 28 Feb : Mesyuarat Iventori 1/2012

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-9

Mesyuarat Agong PIBG telah belangsung pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 25 Februari 2012, di Dewan As-Syafie. Perlantikan ahli jawatankuasa yang baru talah dijalankan. Tahniah, kepada yang terpilih.
Pendaftaran Ibubapa

Guru Besar sedang memberi ucapan

Us. Ismail, Ketua Sektor SPI sedang memberikan Ucapan Perasmian

Persembahan daripada Kumpulan Nasyid Sekolah

YDP PIBG mempengerusikan mesyuarat.

Friday 24 February 2012

MESYUARAT 3K

Semasa mesyuarat sedang dijalankan
Mesyuarat 3K telah dijalankan pada Khamis (24 Februari 2012), di Bilik Mesyuarat. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah Pelantikan Jawatankuasa, Perancangan 2012, Pertandingan 3K dan Hal-hal lain. Terima kasih kepada guru yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. semoga apa yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar.

Wednesday 22 February 2012

JADUAL PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN 2012

Jadual Penggunaan Perpustakaan 2012 telah disediakan oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS). Guru-guru adalah dinasihatkan membawa pelajar ke perputakaan mengikut jadual yang disediakan, bagi mengelakkan pertembungan waktu. Matapelajaran yang tiada di dalam jadual yang telah disediakan juga boleh menggunakan perpustakaan, tetapi perlu maklumkan lebih awal kepada Guru Media. Penggunaan perpustakan adalah amat digalakkan untuk menggalakkan murid membaca dan menyokong Program NILAM. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai.. Jadual Penggunaan Perpustakaan boleh download disini... Sekian, terima kasih.

UJIAN PENGESANAN 1 / 2012

Makluman kepada semua murid dan ibubapa/penjaga murid. Ujian Pengesanan 1 / 2012 akan bermula pada Isnin (27 Februari 2012). Jadual ujian boleh download  disini. Diharapkan semua murid bersedia menghadapi ujian. Semoga berjaya....

Tuesday 21 February 2012

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-9

Assalamualaikum w.b.t... Kepada semua ibubapa dan penjaga murid-murid SR Arab (JAIM) Merlimau Pasir, pihak sekolah dengan bebesar hati menjemput tuan/puan ke Mesyuarat Agong PIBG kali ke 9 pada ketentuan berikut :

  • Tarikh : 25 Februari 2012
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : Dewan As-Syafie, S.R. Arab JAIM Merlimau Pasir, Melaka.
  •  Jam : 8.30 pagi.
Surat panggilan boleh download di sini. Sekian, terima kasih.

Monday 20 February 2012

PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SIJIL SSQS 2011

Guru Besar, Pn. Halimah bt Din telah mengumumkan pengiktirafan 5 bintang untuk sekolah bagi Program Smart School Qualifications Standard (SSQS). Tahniah kepada pentadbiran sekolah dan semua guru kerana telah melibatkan diri di dalam pengisian borang SSQS pada tahun lepas.
Guru Besar menyampaikan sijil SSQS kepada Guru ICT.

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KE-8 (20 - 24 Februari 2012)

Berikut adalah aktiviti sepanjang Minggu ke-8 (20-24 Februari 2012) :
# 20 Feb - Taklimat Mesyuarat Agong PIBG kepada semua guru.
- Mesyuarat SPBT (semua AJK)
# 21 Feb - Mesyuarat Pentadbir (GB dan semua GPK)
- Kokurikulum (Uniform dan Persatuan)
# 22 Feb - Tarikh akhir penyerahan kertas ujian matapelajaran diniah untuk di fotostat.
# 23 Feb - Mesyuarat 3K (semua guru terlibat)
# 24 Feb - Tarikh akhir penyerahan kertas ujian akademik untuk di fotostat.
# 25 Feb - Mesyuarat Agong PIBG (semua ibubapa dijemput hadir)

Friday 17 February 2012

Program Penyerahan Mentor dan Mentee Tahun 6/2012

Program Penyerahan Mentor Mentee untuk murid Tahun 6 kepada semua guru merangkap ibu dan bapa angkat murid. Program telah dijalankan pada hari Jumaat, 17 Februari 2012. Program ini adalah salah satu perancangan Unit Kaunseling. Antara objektif program ini ialah memudahkan mentor memantau perkembangan mentee masing-masing. Murid Tahun 6 juga telah membuat akujanji untuk Peperiksaan SIA 2012. Diharapkan dengan program ini dapat meningkatkan prestasi murid seterusnya sekolah. Insyaallah...


Murid Tahun 6 membuat akujanji SIA 2012

Penyerahan mentee

Mentor bergambar dengan mentee

Thursday 16 February 2012

MESYUARAT PSS DAN NILAM 1/2012

Semasa mesyuarat sedang dijalankan.
Mesyuarat PSS dan Nilam 1/2012 telah dijalankan pada Khamis, 16 Februari 2012 jam. Antara agenda yang dibincangkan adalah Perancangan PSS 2012, Aktiviti 2012, Pelancaran NILAM, Taklimat NILAM dan Laporan sub unit PSS.

Tuesday 14 February 2012

MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

Perjumpaan Kelab Sukan dan Permainan telah diadakan pada 14 Februari 2012, jam 2.45 ptg. Pada perjumpaan ini, telah dijalankan Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Permainan. Murid-murid telah dibahagikan mengikut permainan masing-masing. Murid yang terlibat adalah semua murid Tahap 2. Sebuah Jawatankuasa baru telah dapat dibentuk daripada mesyuarat yang telah dijalankan. Antara aktiviti dijalankan pada hari ini ialah Pelantikan Jawatankuasa, Perancangan Akitiviti 2012, Pungutan Yuran dan Taklimat Ringkas.

Kelab Bola Jaring mengadakan Mesyuarat Agong

Antara ahli yang hadir

KELAS PROGRESIF UPSR DAN SIA 2012

Assalamualaikum.. Kelas Progresif USPR dan SIA 2012 telah bermula. Klik di sini untuk muat turun jadual kalas bulan Februari, Mac dan Jadual Guru yang bertugas. Sikan, terima kasih.

Monday 13 February 2012

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Program 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan mengikut permainan yang ditetapkan. Program ini dijalankan pada setiap hari di Minggu Pertama dan Ketiga. Murid yang terlibat adalah murid Tahap 2. Isnin untuk Permainan Bola Jaring, Selasa untuk Ping Pong dan Khamis untuk Bola Tampar. Jadual telah diedarkan kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Guru memberikan penerangan

Murid sedang mengadakan latihan

Murid sedang dibahagikan kepada kumpulan

Program Sepanjang Minggu Ke-7 (13 - 17 Feb 2012)

Assalamualaikum.. Berikut adalah program sepanjang minggu ketujuh ini. Diharapkan dengan maklumat ini dapat memberi sedikit informasi buat semua.

# 13 Feb 2012 - Mesyuarat Sekolah & Guru Penyayang, Program 1M1S (Bola Jaring)
# 14 Feb 2012 - Aktiviti Kokurimulum (Mesyuarat Kelab Sukan & Permainan)
# 15 Feb 2012 - Mesyuarat Kewangan (utk AJK yang terlibat sahaja) & Program 1M1S (Ping Pong)
# 16 Feb 2012 - Mesyuarat PSS, LINUS & Pemulihan, Program 1M1S (Bola Tampar)
# 17 Feb 2012 - Mesyuarat AJK PIBG (Pra Mesyuarat Agong)Jam 3.00 ptg

Friday 10 February 2012

LATIHAN KEBAKARAN 1/2012

Latihan Kebakaran kali pertama untuk tahun 2012 telah dijalankan pada 10 Februari 2012, jam 9.50pagi. Latihan Kebakaran ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada Guru Bomba & Penyelamat kerana telah mengetuai latihan pada hari ini iaitu En. Mohd Fahmi bin Dahlan.
GPK HEM sedang memberi taklimat

Murid sedang menuju ke tapak berhimpun

Murid sedang mengosongkan bangunan.




Thursday 9 February 2012

PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2012

Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 telah diadakan di Dewan Tertutup SR Arab Merlimau Pasir pada 9 Februari 2012, jam 10.00 pagi. Program ini dianjurkan bersama PIBG dan Biro Pendidikan Tinggi UMNO. YB En. Roslan b. Ahmad telah sudi hadir ke program ini dan seterusnya merasmikannya. Sekolah ini juga telah terpilih untuk Program Tuisyen Bahasa Inggeris anjuran Biro Pendidikan Tinggi UMNO.Tuisyen ini akan menggunakan khidmat guru pakar iaitu, Tn. Hj. Alias b. Latif. Diharapkan dengan adanya program ini dapat membantu meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris di dalam UPSR 2012. Insyaallah...

Murid Tahun 6 sedang Ikrar Akujanji

YB En Roslan b. Ahmad sedang memberi ucapan perasmian

Ibubapa yang hadir.


Program Sejenak Bersama Kaunseling

Unit Kaunseling JPN Melaka telah hadir ke sekolah pada 8 Februari 2012. Pegawai yang hadir telah membuat pemantauan dan juga sesi kaunseling. Pada sebelah petang jam 2.30 ptg, semua guru dan staf telah mengikuti Program Sejenak Bersama Kaunselor.
Guru-guru sedang mendengar motivasi daripada kaunselor
© 2011 SRArabMerlimauPasir.All Rights Reserved.