BERITA SEMASA

|| Peperiksaan Percubaan SIA 2012 7-9 Ogos 2012 || Teka Silang Kata Kemerdekaan (Tahun 3) 7-10 Ogos 2012 || Pengisian Markah Percubaan UPSR 2012 dalam sistem SAPS sebelum 10 Ogos 2012|| Program Semarak Merdeka, 15 Julai - 15 September 2012

Tuesday 31 July 2012

Minit Curai

  • Tarikh Minit ditulis
  • Nama*
  • Jawatan
  • Alamat emel
  • Nama Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Program*
  • Lokasi*
    Lokasi program dijalankan
  • Tarikh Mula Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Program dijalankan*
  • Tarikh Akhir Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Program dijalankan
  • Minit Curai*
    Huraikan dengan ringkas dan padat
  • Tindakan yang perlu diambil*
  • Adakah tindakan sudah diambil?*
    Pilih salah satu
  • Muat naik bahan
    Muat naik bahan dapatan softcopy (jika ada). Jika tiada bahan hardcopy perlu serah kepada pentadbir
  •  

Monday 30 July 2012

Pelancaran Semarak Kemerdekaan


Sempena Bulan Kemerdekaan, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pend. Sivik Kewarganegaraan telah melancarkan Program Semarak Kemerdekaan. Majlis Pelancaran Semarak Kemerdekaan telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdollah b. Yaacob. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk semua murid. Antara aktiviti yang telah dirancangkan ialah Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Mewarna, Teka Silangkata Kemerdekaan dan banyak lagi. Penyelaras program ialah Pn. Karitini Abd. Manan. 

Pn. Rosna Arshad menyampaikan ucapanYDP PIBG memberi ucapan perasmian
YDP PIBG menanam pokok bunga raya sebagai gimik pelancaran    Guru dan Murid menyanyikan lagu patriotik
             
                     Pn. Fatimah Mat Ali sebagai Pengerusi Majlis

Saturday 28 July 2012

Majlis Perasmian Penutup Bulan Membaca

Setelah sebulan Bulan Membaca dijalankan, tiba masanya Majlis Peramian Penutup. Majlis ini diadakan pada Jumaat, 27 Julai 2012. YDP PIBG, Tn. Hj. Abdollah b. Yaacob telah hadir untuk merasmikan majlis penutup. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Bulan Membaca. Antaranya ialah Minggu Pusat Sumber, Minggu AADK, Minggu Kesihatan, dan juga Minggu Matematik. 



GPK HEM menyampaikan hadiah kepada pemenang 
                                   
YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada murid 



Pemenang Pertandingan Kelas Terbersih
 
 GPK 1 menyampaikan cenderemata kepada YDP PIBG 



         Setiap pertandingan yang telah dijalankan telah diumumkan pemenangnya. YDP PIBG juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Kepada yang menang, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Wednesday 25 July 2012

Pengisian Markah Percubaan UPSR 2012 dalam Sistem SAPS


Makluman kepada semua guru UPSR, pengisisan markah Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 telah dibuka. Pengisian markah perlu diselesaikan sebelum 10 Ogos 2012. Harap Maklum.



Tuesday 24 July 2012

Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Halimah bt Din

Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Halimah bt Din telah diadakan pada 23 Mei 2012 bertempat di Mahkota Hotel, Banda Hilir. Manakala Majlis Persaraan Rasmi telah diadakan pada 20 Jun 2012. Segala jasa dan kenangan bersama Pn. Halimah akan kami kenang buat selamanya.

Pn. Halimah menerima cenderamata tanda ingatan
Lambaian terakhir sebagai Guru Besar kami

Jamuan Perpisahan di Hotel Mahkota


Minggu Pusat Sumber



Minggu Pusat Sumber Sekolah sedang dijalankan pada minggu lepas (16 - 20 Julai 2012). Pelbagai aktiviti telah disediakan. Semua murid digalakkan mengambil bahagian. Penyelaras program adalah Cik Norkamayana bt Md. Taib. Antara program yang telah disediakan ialah Kuiz Pusat Sumber, Kuiz Pengetahuan Am dan lain- lain lagi. 
Kuiz Pengetahuan dijalankan di dalam kelas

Program Ihya' Ramadhan

Makluman kepada semua, Program Ihya' Ranadhan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti telah diaturkan. Program ini di bawah kelolaan Panitia Diniyyah. Berikut adalah Jadual Pelaksanaan Aktiviti. Semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam Ramadhan ini. 

© 2011 SRArabMerlimauPasir.All Rights Reserved.